“Aktiviti pelancongan secara besar-besaran boleh menjejaskan ekosistem tasik”. Jelaskan pernyataan ini.

“Aktiviti pelancongan secara besar-besaran boleh menjejaskan ekosistem tasik”. Jelaskan pernyataan ini.

Jawapan:
Kunjungan pelancong yang terlalu ramai meningkatkan jumlah sampah sarap dan kumbahan manusia ke dalam tasik menyebabkan air tasik tercemar dengan sisa pepejal dan seterusnya peningkatan kandungan bakteria E.coli yang akan mengancam hidupan di dalam tasik. Pembinaan chalet dan hotel di kawasan ini untuk memenuhi keperluan pelancong menyebabkan penebangan tumbuhan semula jadi di sekitar tasik. Tindakan tersebut akan mengubah landskap dan juga meningkatkan kadar hakisan dan seterusnya menyebabkan air tasik menjadi keruh.

Related posts