Bagaimanakah sesebuah ekosistem semula jadi boleh bertukar kepada ekosistem buatan?

Bagaimanakah sesebuah ekosistem semula jadi boleh bertukar kepada ekosistem buatan?

Jawapan:

  • Sebuah tasik semula jadi boleh diubah menjadi sebuah taman tema air. Ini melibatkan perubahan punca atau sumber air dari sungai atau air hujan kepada sumber air paip.
  • Sebuah tasik atau paya semula jadi boleh diubah menjadi kolam akuakultur, di mana spesies ikan ternakan seperti keli, ikan patin, dan sebagainya digantikan dengan hidupan akuatik yang semula wujud.
  • Kawasan hutan primer boleh ditebang untuk dijadikan kawasan ladang pertanian seperti ladang getah atau kelapa sawit, dengan menggantikan spesies pokok asal dengan pokok komoditi.
  • Kawasan hutan juga boleh ditebang untuk pembinaan atau perluasan kawasan bandar.

Related posts