Cara Menulis Pendahuluan Karangan SPM Yang Mantap

CIKGU ONLINE (PETUABAIK.COM) – Menulis pendahuluan karangan SPM yang mantap adalah langkah penting dalam menulis karangan yang berkesan. Pendahuluan yang baik dapat menarik perhatian pembaca dan memberikan gambaran umum tentang topik karangan.

Berikut adalah beberapa teknik untuk menulis pendahuluan karangan yang mantap:

Pendahuluan Jenis Definisi:

Mulakan dengan memberikan takrifan atau definisi tentang tajuk karangan yang ditulis.

Huraikan juga tajuk karangan tersebut.

Sesuai untuk karangan jenis deskriptif dan perbahasan.

Contoh:

Tajuk: Gejala Sosial
Skop: Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial
Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejala sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja.

Related posts