Huraikan dua proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan hutan hujan tropika.

Huraikan dua proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan hutan hujan tropika.

Jawapan:
Dua proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan ekosistem hutan hujan tropika:
(i) Tenaga dipindahkan terus dari matahari kepada pengeluar untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis. Tumbuh-tumbuhan akan menyimpan tenaga kimia dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan.
(ii) Pengeluar atau tumbuhan akan memindahkan tenaga haba dan kimia kepada pengguna kedua seperti arnab, burung, tikus dan tupai apabila memakan tumbuhan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Pemindahan tenaga haba berlakumelalui proses respirasi.
(iii) Apabila haiwan karnivor memakan haiwan herbivor, berlaku pemindahan tenaga daripada pengguna pertama kepada pengguna kedua. Contohnya seperti ular yang memakan tikus. Perpindahan tenaga kimia diperoleh melalui tisu-tisu badan haiwan herbivor.
(iv) Omnivor (pengguna tertier) akan mendapat pemindahan tenaga kimia dan haba daripada pengguna sekunder dan primer apabila haiwan ini memakan haiwan lain dan tumbuhan.
(v) Organisma pengurai seperti bakteria, kulat, ulat dan cacing tanah memperoleh tenaga kimia daripada tisu organisma yang mati dan mereput. Mikroorganisma akan mereput dan menguraikan jisim organik yang mati.

Related posts