Huraikan teori-teori pembentukan kerpasan.

Huraikan teori-teori pembentukan kerpasan.

Jawapan:

  • Teori Bergeron-Findeison merangkumi langkah-langkah seperti berikut:
  • Atmosfera dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu kawasan terbentuknya hujan yang bersuhu -5°C hingga -25°C.
  • Di kawasan ini, terdapat hablur ais seni hasil proses pemejalwapan.
  • Proses sejatan membekalkan wap air ke atmosfera, dan wap air ini akan mengalami pemeluwapan.
  • Pemeluwapan ini menghasilkan lembapan yang kemudiannya dimendapkan di permukaan hablur ais.
  • Lapisan air nipis yang dimendapkan akan menambah saiz hablur ais.
  • Hablur ais yang berselaput lembapan mudah menggabungkan diri apabila berlanggar dan bersentuhan.
  • Apabila saiz hablur ais melebihi 7mm, tarikan graviti menarik hablur ais turun ke permukaan bumi.
  • Hablur ais yang turun akan mengalami pencairan akibat pemanasan adiabatik dan jatuh sebagai hujan.

Related posts