(Jawapan) Terangkan Kandungan Hukum Kanun Melaka Dalam Fasal Berikut: A. Jenayah B. Kekeluargaan

Terangkan Kandungan Hukum Kanun Melaka Dalam Fasal Berikut: A. Jenayah B. Kekeluargaan

Jawapan:

a. Jenayah

Read More

Hukum Kanun Melaka bertujuan menjaga ketenteraman dan keharmonian dengan mengenakan pelbagai hukuman setimpal terhadap perbuatan jenayah seperti kesalahan membunuh atau mencuri. Hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja dan pembesar. Hukuman bunuh juga dikenakan ke atas sesiapa yang ingkar arahan atau memalsukan titah sultan.

b. Kekeluargaan

Hukum Kanun Melaka bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah dalam perkahwinan. Fasal 26 menyatakan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi. Jika tidak cukup, memadai dua orang sahaja. Namun, hamba abdi atau wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.

Related posts