Jelaskan dua punca yang menyebabkan kualiti sumber air di Malaysia merosot.

Jelaskan dua punca yang menyebabkan kualiti sumber air di Malaysia merosot.

Jawapan:

  • Pembangunan pertanian: Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia yang meresap ke dalam sumber air yang dibawa oleh air hujan.
  • Pembangunan industri perkilangan: Pelepasan influen kilang ke dalam sumber air seperti kilang getah dan kelapa sawit.
  • Pembangunan sektor penternakan: Penyaliran sisa kumbahan dari ladang ternakan telah mencemarkan air sungai dengan bakteria E.coli selain mengubah warna dan air berbau busuk seperti penternakan khinzir di Pulau Pinang dan Melaka telah mencemarkan sumber air sungai.
  • Pembangunan sektor pelancongan: Pembuangan sisa kumbahan dari hotel dan chalet yang didirikan berhampiran sumber air seperti sungai dan tasik boleh mencemarkan sumber air itu dengan meningkatkan kandungan bakteria E.coli dan meningkatkan nilai BOD.
  • Penebangan hutan oleh sektor pembalakan: Penebangan hutan secara giat telah mendedahkan permukaan tanah kepada hakisan tanah oleh larian air permukaan. Ini menyebabkan peningkatan kandungan kelodak dan lumpur dalam aliran sungai terutamanya pada musim hujan.
  • Pembangunan sektor pengangkutan: Tumpahan minyak kapal dan feri.
  • Pembangunan sektor perlombongan: Peningkatan sisa perlombongan.
  • Pembinaan empangan hidroelektrik: Pembinaan empangan meningkatkan kelodak.
  • Perkembangan petempatan: Setinggan.

Related posts