Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan bentuk gunung berapi berbeza. i) Jenis lava yang dikeluarkan. ii) Struktur retakan di kawasan kerak bumi. iii) Jenis letusan serta kekuatan dan kekerapan letusan

Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan bentuk gunung berapi berbeza.
i) Jenis lava yang dikeluarkan.
ii) Struktur retakan di kawasan kerak bumi.
iii) Jenis letusan serta kekuatan dan kekerapan letusan.
Jawapan:
i) Jenis lava yang dikeluarkan mempengaruhi bentuk gunung berapi. Lava basalt yang cair akan menghasilkan gunung berapi yang lebih rendah dan landai, sementara lava asid yang lebih pekat membentuk gunung berapi yang lebih tinggi dan curam.
ii) Struktur retakan di kawasan kerak bumi juga mempengaruhi bentuk gunung berapi. Letusan di kawasan dengan banyak retakan akan membentuk dataran tinggi.
iii) Jenis letusan dan kekerapan letusan juga memainkan peranan. Letusan yang senyap dan berterusan akan menghasilkan gunung berapi yang sekata, manakala letusan yang kuat akan membentuk kawah yang besar.

Related posts