Mengapakah kawasan gunung berapi masih menjadi tumpuan penduduk?
Jawapan:
i) Kawasan gunung berapi sering kali memiliki tanah yang subur untuk pertanian, terutamanya untuk penanaman padi. Selain itu, di kawasan seperti cerun gunung berapi di Pulau Jawa, Indonesia, Pulau Luzon di Filipina, dan Pulau Honshu di Jepun, terdapat tanah subur yang memikat penduduk untuk mendiami kawasan tersebut.
ii) Pembentukan tasik kawah atau kaldera menjadi tarikan pelancongan yang penting. Penduduk sering mendapati peluang ekonomi di kawasan ini dengan menjalankan perniagaan pelancongan, seperti chalet, restoran, dan perniagaan kraftangan.
iii) Tasik kawah atau kaldera juga menjadi tempat hidup untuk pelbagai spesies ikan air tawar, menarik pekerjaan seperti penternakkan ikan untuk penduduk setempat.